PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

khairykimi

khairykimi
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH" LAWAN TETAP LAWAN DEMI RAKYAT

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (FINAL COUNTDOWN PRU-13)

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (FINAL COUNTDOWN PRU-13)
12 JANUARY 2013 (DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR)

Rabu, 17 Oktober 2012

UCAPAN SERTA AMANAT DATO' SERI ANUAR & TKM 1 PULAU PINANG DALAM SIRI JELAJAH MERDEKA RAKYAT NEGERI PULAU PINANG

Ucapan Dato' Seri Anuar Bin Ibrahim dalam Siri Jelajah MERDEKA RAKYAT ke Parlimen Nibong Tebal telah menegaskan agar Jentera-jentera PRU-13 bagi Parlimen Nibong Tebal agar lebih berkerja kuat untuk mencapai kemenangan pada PRU-13 yang semakin hampir. Tugas-tugas dalam memperkasakan lagi Gerak Gempur Jentera Pilihanraya ini telah diamanahkan kepada TKM 1 Dato' Dr. Mansor Bin Othman untuk memastikan PAKATAN RAKYAT mempertahankan Kerusi PARLIMEN serta Kerusi DUN Sungai Bakap (PKR), DUN Jawi (DAP) serta memastikan PAKATAN RAKYAT dapat merampas Kerusi DUN Sungai Acheh daripada Parti Barisan Nasional. Dalam ucapan Dato' Seri Anuar juga, Beliau menerangkan juga Isu-isu semasa yang telah diputar-belitkan Fakta oleh Barisan Nasional seperti JET PERIBADI, ISU BELANJAWAN 2013 PAKATAN RAKYAT serta DSAI turut menceritakan perkembangan Politik di Negeri Sabah. Segala penerangan telah sedikit sebanyak dapat merungkaikan kemusykilan Rakyat berkenaan beberapa isu-isu semasa yang dimainkan oleh Pihak Lawan. Dalam ucapan Beliau juga menegaskan agar Rakyat lebih bijak dalam memilih Pemimpin pada PRU-13 akan datang ini, DSAI juga menggalakkan Rakyat menerima segala sumbangan daripada Barisan Nasional akan tetapi semasa Hari Pembuangan Undi Rakyat diminta agar mempertahankan pendirian dengan memilih Parti dari PAKATAN RAKYAT ini demi kebaikkan Generasi akan datang. Dalam pembentangan Belanjawan yang dibuat oleh Najib Razak, segala kemudahan yang ditawarkan oleh Barisan Nasional adalah bersifatkan keuntungan jangka masa pendek berbanding dengan Belanjawan yang dibentangkan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih mementingkan keuntungan Jangka masa panjang. Oleh itu Rakyat diminta membuat pilihan terbaik dalam PRU-13 ini agar Generasi akan datang tidak dibebani dengan risiko menanggung Hutang negara. Ditanya berkenaan penerimaan Rakyat Sabah terhadap Kerajaan PAKATAN RAKYAT, Dato'Seri Anuar menjawab dengan Mendendangkan sebuah lagu berbunyi "TANYA SAMA NAJIB MENGAPA KAU GOYANG, NANTI JAWAB NAJIB SABAH NAK HILANG", jawapan ini menunjukkan bahawa PAKATAN RAKYAT kini telah mendapat tempat dihati Rakyat Sabah. Mengapa Saya menggunakan Jet Peribadi.!! Jawab DSAI: jika ahli Korporat berani untuk menaja DSAI Jet Peribadi untuk pergi berkempen, ini menunjukkan bahawa Golongan Korporat tersebut percaya bahawa Harapan PAKATAN RAKYAT menuju ke PUTRAJAYA kini semakin cerah dan DSAI juga sempat berjenaka berkenaan Isu Jet Peribadi **Jika saya menaiki Bas, pihak BN akan menyimbah cat dan apabila saya menaiki kereta, mereka akan membaling batu serta memecahkan cermin kereta tetapi jika saya menaiki Jet maka keselamatan lebih terjamin sebab jikalau mereka mahu mereka boleh melemparkan cat, membaling batu dan memecahkan cermin keatas Jet ini.. hahahahah...*** oleh yang demikian maka Rakyat perlulah lebih peka bahawa sekiranya Ahli Korporat yang bijak pandai pun sudah nampak akan kekuatan PAKATAN RAKYAT maka kita perlulah lebih sensitif akan situasi politik sekarang ini. Selepas selesai Jelajah Merdeka Rakyat di Parlimen Nibong Tebal, Rombongan akan bergerak menuju ke Bertam, KEPALA BATAS, Parlimen Balik Pulau, Sungai Ara dan serterusnya Destinasi terakhir bagi Siri Jelajah Merdeka Rakyat di Pulau Pinang adalah Seberang Jaya,Permatang Pauh. Sungguh mengharukan dengan usia 64tahun, Beliau masih mampu berjuang tanpa merasa letih mahupun jemu, ini kerana Semangat Pejuang yang terdapat dalam DSAI adalah Semanagat PEJUANG SEBENAR yang tidak memikirkan Penat Lelah **DEMI RAKYAT**


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH *LAWAN TETAP LAWAN* TAKBIR..

TIME BOMB FOR Be-eNd

VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN