PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

PIMPINAN PAKATAN RAKYAT
PIMPINAN PAKATAN RAKYAT

khairykimi

khairykimi
"MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH" LAWAN TETAP LAWAN DEMI RAKYAT

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (FINAL COUNTDOWN PRU-13)

HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (FINAL COUNTDOWN PRU-13)
12 JANUARY 2013 (DATARAN MERDEKA, KUALA LUMPUR)

Jumaat, 19 Oktober 2012

PELUANG MERUBAH ARUS KEHIDUPAN SUDAH HAMPIR JANGAN DIBIARKAN PISANG BERBUAH 2 KALI..!!!


Masihkah anda semua ingat akan janji-janji manis Barisan Nasional semasa PRU-12 pada 2008 yang lalu..? Dimana antara janji-janji manis yang ditaburkan oleh kerajaan Barisan Nasional yang amat ketara membohongi Rakyat adalah berkenaan Harga Petrol. Seperti yang sedia maklum, semasa tempoh waktu berkempen Kerajaan Barisan Nasional telah menaburkan janji manis dengan menyatakan pendirian bahawa Harga Minyak Petrol tidak akan dinaikkan sekiranya Rakyat memilih Parti Barisan Nasional menjadi Kerajaan sekali lagi namun apabila selepas Rakyat memberi Mandat serta kepercayaan sekali lagi kepada Kerajaan Barisan Nasional untuk mentadbir negara, Rakyat telah di TIPU HIDUP-HIDUP apabila janji-janji manis itu hanya mampu bertahan selama tak sampai 2 bulan sahaja Kerajaan Barisan Nasional menggalas tanggungjawab serta amanah yang diberikan oleh Rakyat, Harga Minyak telah dinaikkan sebanyak 0.78sen seliter yang menjadikan harga minyak petrol semasa meningkat sehingga RM2.70 seliter. Oh.. beginikah kerajaan Barisan Nasional membalas jasa Rakyat yang telah memberikan kepercayaan penuh kepada mereka agar sekali lagi mentadbir Negara.?? 

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia agar sedar dari terus dibuai janji-janji manis REGIME PEMERINTAH KUKU BESI ini kerana KEINDAHAN yang dijanjikan oleh Kerajaan Barisan Nasional hanyalah bersifat kebahagiaan jangka masa singkat sahaja namun KEPAHITAN yang bakal ditanggung Rakyat jelata adalah bersifat jangka masa panjang yang terpaksa ditelan sebelum kita berpeluang kembali untuk membuat perubahan. Ayuh marilah kita sama-sama melakukan perubahan pada PILIHANRAYA UMUM kali ini sebelum Negara yang kita cintai ini terus menjadi sebuah Negara yang mundur serta penuh dengan hutang piutang yang dibuat oleh Pemimpin-pemimpin yang tidak berperikemanusiaan ini, jangan terus membiarkan mereka menzalimi kita serta Generasi kita dimasa hadapan. Ataupun anda semua sudah berasa selesa dengan kehidupan anda seperti sedia ada sekarang..? Sekiranya anda tidak mahu menyingkirkan REGIME KUKU BESI ini, maka ini bermakna anda telah menZALIMi Generasi Muda Masa Hadapan yang mungkin ia adalah daripada KETURUNAN ANDA SENDIRI. Ayuh semua rakyat Malaysia yang saya hormati, kita bangkit menentang serta ayuh kita GULINGKAN kerajaan KRONISME ini dari terus menjadi Pentadbir Negara kita yang dicintai ini demi masa depan ANAK CUCU CICIT kita dimasa hadapan. KALI INILAH kita buktikan kepada Pemimpin-pemimpin Kronisme ini bahawa Rakyat mampu bangkit dari terus dibuai dengan janji-janji manis palsu yang ditabur oleh mereka yang terus menerus membina EMPAYAR KEKAYAAN PERIBADI dengan MENIDAKKAN HAK RAKYAT. Selagi kita terus membiarkan Pemimpin-pemimpin ini berkuasa maka selagi itulah YANG KAYA BERTAMABAH RAYA DAN YANG MISKIN BERTAMBAH KEDANA.

Justeru sekali lagi saya menyeru kepada seluruh Rakyat Malaysia agar melakukan perubahan pada PRU-13 yang semakin hampir ini kerana sekiranya kita BERSATU-PADU bersama-sama untuk berjuang menjadikan Negara ini sebagai negara Rakyat maka kita akan menemui kejayaan. Ingat "SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT"

**REFORMASI..REFORMASI..REFORMASI..
                            MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH....
                                                                                      TAKBIR....**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH *LAWAN TETAP LAWAN* TAKBIR..

TIME BOMB FOR Be-eNd

VOTE ONLINE PRU13:
"Setujukah anda DSAI dilantik Perdana Menteri Malaysia ke 7?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN